Advert

Tidur Berbantalkan Lengan Suami

Eh, kasi aku share sket benda bawah ni ngan korg...especially mak2 dara la...anak dara, jgn buat hokey.....belum halal!!

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang, ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu betapa asyik dan rilexnya)…FAKTA….serius….

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.
Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah shave ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

So isteri-isteri semua, anda semua praktikkan ke tidur atas lengan suami?

Ibarat Cermin yang Retak

Perghh syahdu plak tittle entry aku kali ni kan...Korang pernah berselisih faham dgn orang lain yang rapat tak...end up dari sahabat bertepuk tampar trus jadi cam musuh yang utama....

Itu yang aku hadapi skang...sebab nya aku terpaksa buat pilihan antara kesenangan org dan kesenangan sendiri...mula2 memang jadi dilema...but of course decision has to be made...kalo aku pikir untuk org lain, aku yang akan merana, tapi bila aku pilih utk pentingkan diri sendiri, org lain akan terluka...tu je option yang ada...

At last, aku pilih untuk pentingkan diri dan family sendiri...sudahnya, aku 1 family dipandang hina, digelar pengkhianat,  jadi cam org hina smp pandang pun taknak...diremove drpd fren list di facebook.....aku malas nak defend ape-ape...

Senang cerita kalo ko rasa ko susah, ada org lagi susah daripada ko....sekurang2 nya ko mampu kasi benda mewah kat family ko bukan cam kami...ko pikir la baik2 kenapa jadi macam ni...semua nya berpunca dari ko jugak...dan aku terpaksa ambik risiko jadi bahan hinaan ko kerana aku dah tak sanggup terus-terusan jadi macam ni...seperti mana ko ada misi hidup, kami pun begitu...cuma mungkin kami tak bercita2 besar cam ko...cukup kami bahagia 1 keluarga, itu sudah cukup...tak perlu nak susahkan sesiapa

Aku harap ko jangan terlalu bangga menuding jari pada org lain...ingat, ada 4 jari lagi menunjuk kepada ko...jangan tuduh org selfish kerana ko lebih selfish kerana tak mahu memahami masalah org lain.... ape pun aku akan still hormat ko sebagai org yang pernah rapat..aku pun tak nak panjang2 kan cerita..biarla ko nampak kami jahat, pengkhianat...moga tiba masa nya Allah perlihatkan kebenaran di sebalik segalanya..



k la, nak gi toilet jap..Bye...

Masa Itu Memang Emas

Tetiba ada staff office sebelah masuk sbb nak pass documents kat aku...dia terpandang wall clock yg terletak kat atas notice board tu....

Dia     : Eh ini jam beli dekat Ikea ke?
Kami  : Ntahla...boss yang beli
Dia     : Aku pun ada beli jam mcm ni dekat Ikea sana...aku letak dlm toilet


Kat toilet pun perlu letak letak jam ye.......ish ish ish

Malay, Indian or Chinese?

Ni cite husband aku....alhamdullilah husband dah dapat keje baru...so bila keje baru ni mesti la asyik kena introduce je kan......everytime kena introduce je mesti husband aku angin gile...sbb nye.........

Boss : Meet my new staff, Yusof
Client : Yusof? Are u muslim?
            (sambil buat muka konfius)
Husband : No, I am Chinese actually....
                (menyirap smbil mengurut2 dada)
Client : erk???? hehe

kalo korang pernah baca  sini, mesti korang paham..hahahaha


Inila suami kesayangan hamba...

 p/s: sorry sayang, u plak jadi topic i hari ni...keke

Maharaja Lawak yang Memang Lawak

Hehe..actually dulu tak layan pun raja lawak ni...tapi bila en.hubby asyik bukak je, lama2 aku pun tersuka giler...actually mmg aku nanti2 kan maharaja lawak ni....sbb nya sume yang masuk mmg hebat2...kadang2 aku nyirap tgk org buat lawak yang cam cipan tu, ntah ape2...gelak sendiri, org lain xde gelak pun...so bila ade ML ni dah sah2 la yg mmg best buat lawak kan

Kalo tanye fav, aku paling suke depa ni....sgt menjadi lawak nya... hahaha, tengok aku dah tergelak dah!!!


Jozan - combination yg cukup perfect...tak kering idea
Jambu - aku tak pernah tgk lawak diorg sebelum ni...tapi mmg kelas gile lawak diorg...superb

Nabil - he is a good entertainer...

Sepah - aku tak pernah tgk time season diorg ni..tapi mmg lawak la....
R2 - kumpulan baru tapi best..i like!!

eeee tak sabarnya nak tunggu next week.....

What the H@?$ !!!!

Pagi ni aku bukak facebook cm biasa...ada one of my fren time study dulu posted status sedih...al-fatihah utk arwah ibunya....

Tapi tetiba aku nampak keganjilan berlaku kat status dia...cuba teka.....


Mari Belajar Merangkak

hadooii, actually dah lama gile aku nak share entry ni...tapi busy yg teramat2...xpela, malas nk cite byk..mari la sama2 kita belajar merangkak dgn cikgu nya si kecik Sayra...so are u ready guys, let's start!!


Step 1: Kita berniat dan aim nak ape...then kita bleh decide nak gi mane dulu


Step 2: Angkat bontot seperti saya ni..ish ish


Step 3: Jatuhkan badan sedikit sambil mengensot ke depan...buat ala-ala sister ngesot tuh


Step 4: Ulang step sebelum ini..Angkat bontot 1 more time dan jatuhkan badan 1 more time


Step 5: Anda boleh juga hold dlm seminit dua ketika mengangkat bontot itu...ini dipercayai bleh membantu proses mengempiskan perut tuan2 dan puan2 


Step 6: See.. nampaknya aim kita sudah tidak berapa jauh lagi...tp i sedikit keliru, yg mane 1 idaman kalbu


Step 7: Yes, berjaya jugak!! i pilih yang ini.....


Step 8: Skang i dh mula bz...maka, tuan puan boleh mencuba nya di rumah yea...kita bertemu di lain waktu!!

BYE!!

Say No to April Fool!!

Aku tak pernah tau pun sejarah April Fool ni..mungkin sbb malas nak amik tau..aku pun bukan jenis yang meraikan ke ape ke...time sekolah dulu ade gak member2 yang dok mengenakan time2 April Fool ni...pagi ni bila tengok calendar, owh, 1st April sudah rupanya..tetiba aku nak cari info pasal April Fool ni...mehla sama2 kita amik tau...

Sejarah April Fool


Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.


Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.


Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.


Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.


Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.


Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.


Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.


Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.


Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.


Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.


Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.


Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.


Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

Sumber: http://www.mykhilafah.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...