JAKARTA: Seorang pakar sakit puan di sini semalam menyifatkan perbuatan penyanyi dangdut, Dewi Persik melakukan pembedahan selaput dara untuk mengembalikan keperawanannya sebagai sia-sia saja.
Pakar berkenaan, Doktor Boyke berkata tindakan Dewi Persik atau lebih dikenali dengan nama Depe dan digelar Goyang Gergaji itu hanya satu pembaziran.
“Apa yang hendak dilakukannya jika setakat ingin menyambung semula selaput daranya agar berdarah kelak. “Semua orang sudah tahu dia pernah berkahwin. Selaput dara barunya itu tidak bermakna. Hanya membazirkan wang saja. “Jika dia pernah melalui waktu kelam seperti melakukan seks bebas atau selaput daranya pecah kerana kecelakaan atau dia perkosa sehingga terpaksa melakukan pembedahan, itu boleh diterima akal,” kata Boyke ketika ditemui di Jakarta.
Depe sebelum ini berkata, dia melakukan pembedahan itu kerana mahu menghindari zina dan untuk kepuasan bakal semuanya kelak.
Sumber: Harian Metro
p/s: hadoiyaii, ini macam pun buleh kaa??
No comments:
Post a Comment