Advert

Kena Ambush.......

Semalam ada la seorang perempuan ni call hakak, 2 kali…mula2 dia nak carik sape ntah, hakak cakap wrong no…lagi sekali dia call lagi, akak pon………..

Dia : Ni lia ke?
Hakak : Ye saya…siapa ni
Dia : Awak dekat mane ye?
Hakak : KL…siapa ni?
Dia : Awak keje bahagian ape?
(Time ni hakak dah menyirap dah………….)
Hakak : Boleh saya tau dgn siapa saya bercakap?
Dia : Sebenarnya macam ni…awak kenal Hairulnizam bin polan tak?
Hakak : Hah? Siapa tu?
Dia : Saya ni isteri Hairulnizam…saya tengok no awak ada dlm telepon suami saya
(Hakak sudah mula panas yea….)
Hakak : Boleh saya tau kat dlm telepon tu, no saya di set atas nama ape
Dia : Ada 2…(hah, sudah!) Satu nama Lia, satu lagi nama Kak Lia…(adoiyaiii) Saya ni sebenarnya tgh ada problem dgn suami saya…saya dapat tau dia ada affair! Tapi saya takdela tuduh awak ada affair ngan suami saya..just nak check je
(wahhhh, ini sudah mendatangkan marah!!!!)

Setelah mengambil nafas dan cuba bertenang, hakak mula mengatur bicara supaya nampak professional gitewww..

Hakak : Kak, mcm ni la yea…saya ni keje di agensi pekerjaan, mmg ada kasi sume org yang nak cari keje tu no telepon saya….so mungkin suami akak ni salah seorang candidate saya…tapi kalo ikut nama, memang saya x kenal sbb saya ni deal ngan ramai candidate…so saya tak ingat nama diorg satu persatu…..
Dia : owh yeke…awak keje Agensi Pekerjaan yea…..saya nak carik keje kosong gak ada ke? hehe


huhuhu...menangis hakak dgr hokey!!

Ok…yang last tu hakak tipu…kekeke….akhirnya perempuan tu minta maaf dgn hakak and hakak kata, it’s OK…..ish ish, first time hakak rasa kena serang uolls…just wondering gak sape la agaknya suami dia tu sbb dia set no akak atas nama nick name yg hanya dipanggil oleh family & kawan2 studi jek…hurm, ntahla….hakak ni pun story la kat bos, bleh plak bos ckp…….

“ Haaa, nasib baik dia tak datang opis ni…kalo datang tgk plak perut u, mesti dia tanya, haaa, ni anak sape?? Hahahaha”

Adoiyaiii, bos bos….sobar jo la den ni dongar…..

Agung nya seorang Wanita

Hakak malas nak cakap byk...just sharing is caring.............

A. Kelebihan wanita daripada Lelaki
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda:
“Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

B. Anak Perempuan lebih istimewa
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

C. Kelebihan Ibu
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

D. Kelebihan Taat Kepada Suami
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya(walinya) (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W, “Ibunya.”

E. Ibadah Wanita
13. Wanita apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

F. Keistimewaan wanita Dalam melahirkan dan menjaga Anak
15. Apabila seseorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T
17. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir seorang anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T
Fikir-fikirkan lah….wahai mereka yang berakal……

Petikan oleh Muhammad Aliffudin B Ramlee

Baby dah mula Gerak !!

Hari ni, 23rd Apr 2010, baby dalam rahimku dah mula bergerak....i am so happy!! actually hakak dah mula rasa getaran kat bawah perut ni time nak masuk 5 bln ari tu, tp today perut dah mula rasa gerakan nya...cam tak percaya je....kalo ikut kiraan, baby dah 21 minggu....Tak sabar nak tengok perut ni kempis sebelah, kembung sebelah,..sgt syok hokey....hubby pun dah excited nak bawak gi scan....ya Allah ko permudahkan lah segala urusan ku....


Bawah ni info yang hakak baca tentang perkembangan bayi hingga ke minggu ke 2, hakak amik dari mengandung.com....

Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.

Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.
Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.

Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.

Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.

Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Tak Salah Mengingati Mati

Hurm tak tau nape lately ni asyik pikir pasal mati jek....kadang2 tgh bawak kete terpikir accident la hape la....ishhh...takot hakak...iyela, sedar amalan tak cukup..tapi kalo dah Allah kata 'kun faya kun', jadi gak la...tak kira la sempat bertaubat ke tak...just kesian kat family la nnt especially anak & suami...hurmmmm

Walaupun belum hari raya, hakak nak minta maaf kat sume yang kenal hakak...halal kan makan minum......

Sayang Anak Tinggal-tinggal kan?

Baru kejap ni hakak dok terpikir...nape ada org yang sanggup gi honeymoon (katanya) atau jalan2 dgn tinggalkan anak kat mak bapak ek? Sorry la, hakak bukan ape, just terpikir je la kan...iyela, tiap2 org ada different opinion and maybe they all tu ada reason tersendiri...

But to me, hakak belum sanggup nak tinggalkan sebab nak berdua sahaja laki bini, dah lama katanya tak merasa cam dolu2....actually bila ko dah kahwin ko akan mula rasa life berubah sedikit demi sedikit, time baru2 kawen tu of course la perubahan yang membahagiakan sbb ko at last dapat gak kawen ngan laki ko kan, ke hulu kehilir berdua, makan bersuap, tido berbelai gitu.......tp once ko dah ada anak u like it or not, your life will definitely change i mean cam rutin harian ko, tabiat ko dulu ko kena ubah, cara hidup ko...banyak la...bukan hakak ckp anak ni menyusahkan/ membeban kan, actually mmg menyeronok kan tapi dgn ada nye anak ko tak boleh nak layan malas cm mula2 kawen dulu....

So same thing ngan jalan2 ni sume...mmg ko jarang dah ada time nak jalan2 ngan laki ko berdua jek, unless ko keluar time office hour cam laki ko dtg nak ajak lunch ke...tak pun korang nak gi memana pas balik keje..camtu je....cos most of the time anak ko ada...cam hakak sendiri serius dah lama tak tengok wayang uol, last pun time pregnant lil'yusof..bukan tak nak gi, hakak ni risau je kalo2 dia melalak plak dalam wayang tu, tak pasal2 ganggu org and spoil my mood plak..so sanggup la tak gi, tgu besar sket ke...bukan tak pernah nak buat, tapi baru je sepuluh langkah hakak keluar umah, patah balik sambil menangis nak gi amik lil'yusof tu...hihi...hakak tak sampai hati bila time hakak nak keluar tu dia pandang hakak dgn penuh simpati sbb time tu lil'yusof kecik lagi, tak pandai ckp pun...tp hakak dpt rasa cam dia cakap, ibu nak gi mana, nape tak bawak yusra.......ko sampai hati ke?? even time tu sebenarnya nak keluar nak celebrate our anniversary? ishh hakak tak sanggup

Bila ko dah ada anak, ko angkut je la anak ko tu kemana pergi...tak payah nak tinggalkan..then korang pandai2 la plan camne nak spend time berdua laki bini je...kita masa kecik dolu2 pun rasanya tak pernah kena tinggal ngan mak bapak yang nak gi honeymoon bagai...hakak ingat lagi dulu masa kecik2, hidup pun susah sket la...walau kemana pun mak hakak nak gi, tetap di angkutnya hakak ngan adik hakak...mula2 jalan kaki sket dlm 1 ke 2 km nak ke stesen bas, then amik bas plak....bas plak asyik penuh je..berdiri la gamak nye kami ni, tapi ada gak insan yang baik hati kesian nengok mak hakak dok dukung adik sambil terkial2 pegang hakak dlm bas tu, kasi la tempat duduk..almaklum la, dalam bas tu kalo berdiri terhoyong-hayang mana nak pegang anak, mana nak pegang ape2 yang bleh dipegang...kalo tak, ada gak yang tergolek dalam bas tu

Imagine la dulu mak bapak kita bukannya senang tapi boleh angkut ko adik beradik pergi sana sini...takkan la time ko dah ada kereta besar tak boleh nak angkut anak ko...lagi selesa sbb anak ko bleh siap baring2, berlari2 lagi dlm kete tu...ko nak angkut susu, bantal semua pun senang...tapi kalo ko kata ko tinggalkan anak sbb tak leh nak control anak ko, especially tang anak yang tak reti dok diam tu kan, akak nasihatkan ko jangan buat anak........senang hidup ko...senang ke??


p/s: haa kan aku dah emo.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...