Advert

Anak degil..tanda cerdik?!

Tiba2 terpikir nak cari info/petua/tips untuk mengajar anak yang degil..lil’yusof sekarang bukan main la degil..sampai hakak dah tak leh handle dah…benda yang kita larang, tu la yang dibuatnya..hakak bukanla nak overprotective sgt, but of course kita tak nak la apa2 jadi kat dia kan…nanti kita gak yang susah…especially nengok dia panjat sana, panjat sini, tuang air botol susu kat dlm cawan, buka plak almari amik baju tu, tarik baju ni….mmg jadi tarzan lah hakak menjerit, jangan!! jangan!!

Tapi bukan nak dengar, makin saje dibuat…kadang2 hakak warning siap counting 1,2,3 lagik tapi bleh plak dia ikut kira sekali…mau ko tak sawan! Abah nye yang konon2 tak bleh nak marah anak pun, dah siap ngamuk sekali…hahaha…hakak ni plak kadang2 ringan je tangan ni nak belasah..tu yang asyik kena cubit, kena pukul je…kita ni kecian gak nengok, tp geram teramat sgt…dia takut pun kalo amik rotan atau hanger…haaa baru dok sibuk dok diam…tp takkan la everytime pun nak bawak rotan kat sebelah kan…alih2, google punye google, hakak masuk forum ni….n adala insane baik hati ni share 1 article…..

"Anak degil...tanda cerdik"

Namun begitu, walau sebijak atau secomel mana pun anak-anak ini, tetapi jika bersikap degil dan keras kepala, sudah tentu akan memeningkan ibu bapa.Kadang-kadang kebanyakan ibu bapa tidak terlayan dengan kerenah anak mereka yang degil serta keterlaluan.Walau bagaimanapun, bagi ibu bapa tidak perlu gusar dan risau kerana sifat degil yang ada pada setiap anak-anak di peringkat usia empat ke lapan tahun merupakan fitrah semula jadi mereka.Anak-anak dalam usia ini, akan mengalami satu proses berfikir yang dicanai oleh proses tumbesaran.Perasaan ingin mencuba dan semangat ingin tahu menyebabkan anak-anak itu terdorong untuk melakukan perkara yang bertentangan serta tidak mendengar nasihat.
Pensyarah Psikologi Komunikasi dari Jabatan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Zamri @ Mua'ati ketika dihubungi menerangkan, cara anak-anak berfikir sangat mu-dah dan mereka hanya berfikir apabila diberitahu sahaja. Katanya, apabila otak membesar, anak-anak akan responsif dengan apa yang dilihat dan menyebabkan mereka ingin mencuba terutamanya sesuatu yang baru."Kedegilan pada anak-anak merupakan satu perkembangan yang sihat kerana dia mempunyai semangat ingin mencuba."Apabila mereka mempunyai respons terhadap apa yang dilihat, sudah tentu anak-anak ini akan melakukan apa sahaja yang dibuat oleh orang lain sebagai contoh, memanjat tangga,'' katanya.Beliau tidak menafikan anak-anak yang degil adalah anak-anak yang bijak kerana apa yang dialami oleh mereka menyebabkan mereka cepat berfikir dan bertindak terhadap apa jua yang dilakukan.Sifat degil yang bertempat sebenarnya membawa kebaikan kepada anak-anak itu sendiri.Sifat positif ini secara langsung menunjukkan anak-anak itu mempunyai prinsip serta mempunyai harga diri yang tinggi."Mereka ini berpendirian dan mempunyai maruah yang tinggi jika kedegilan mereka itu kena pada tempatnya, seterusnya anak-anak itu tidak mudah tunduk pada kata-kata orang lain,'' katanya.Malah, anak-anak akan ber-tambah degil jika ibu bapa menghalang segala tindak-tanduk yang dilakukannya."Ibu bapa tidak sepatutnya menghalang apa sahaja yang ingin mereka lakukan, tetapi perlu mengawasi setiap pergerakan anak selain mengasuh mereka dengan cara yang betul,'' terangnya.
Zamri turut menyangkal pendapat mengatakan kedegilan anak-anak berpunca daripada kesilapan ibu bapa yang tidak pandai mengasuh anak mereka."Tidak benar anak degil disebabkan salah asuhan, tetapi kenalah awasi selalu setiap pergerakan mereka,'' katanya.Ini kerana kanak-kanak hanya memberi perhatian pada sesuatu perkara sekejap sahaja. Jadi jalan terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan menarik perhatian mereka kepada perkara yang lain. "Ibu bapa boleh menarik perhatian anak-anak dengan menggunakan pujukan dan cara berkomunikasi dengan betul sehingga mereka faham mengapa dan kenapa kita melarang dia melakukan sesuatu,'' jelasnya.Katanya lagi, ibu bapa harus belajar cara berkomunikasi yang betul dengan kanak-kanak untuk memudahkan mereka berhadapan dengan pelbagai situasi yang melibatkan sikap dan tabiat anak mereka.Sebelum itu perlulah diingatkan, untuk mengajar anak bukan hanya dengan cara menggunakan kekerasan seperti memukul.Meninggi suara atau menengking anak yang degil juga bukanlah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah tetapi jika tahu caranya perkara yang susah akan menjadi mudah.Paling utama ibu bapa perlu bersabar dengan kerenah anak-anak dan luangkan lebih ba-nyak masa untuk memahami kerenah mereka.Ibu bapa juga patut bertanya atau mengajak kanak-kanak berbual, sekurang-kurangnya untuk mengetahui masalah yang dihadapi mereka.Tambah Zamri lagi, kedegilan kanak-kanak juga adalah mengikut persekitaran di mana dia berada dan kebiasaannya sikap degil hanya di peringkat kanak-kanak sahaja.Mereka berubah sedikit demi sedikit apabila mencecah usia dewasa.”

oooo begitu kah? Komen2 sume plak semuanya cerita tentang kedegilan anak masing2…cara masing2 handle pun different & kadang2 rasa cam lawak jek…maknanya normal la kot budak2 time2 baru nak belajar ni buat yang bukan2…just sebagai parents ni kena la pandai nak uruskan kanak2 nie..hurmmm, rasanya hakak kena pikir cara terbaik camne nak uruskan si kecik ni lah………
hurm..hurm..tapi kan..hubby hakak kata, lil'yusof banyak ikut dia especially tang kulit, cara tido, suka gigit kuku and few things la...tapi part 'degil' ni ikut hakak...iyeke???? pandai jek...hikhik

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...