Advert

Wanita Busy ke?

Hadoiyaiii...aku takde idea langsung nak buat entry...ditambah plak dgn kebusy-an yg memanjang....

Tapi bila aku fikir2, kuat betul seseorg yg bergelar wanita ni kan.....walaupun org kata perempuan ni lemah, tapi aku setuju dgn ungkapan tangan yang menghayun buaian bisa menggegarkan dunia...

Aku tak nak cite pasal org la...aku sendiri rasa cm sejak beranak pinak ni aku makin gagah perkasa...pagi2 kul 6 dah bangun....mandi2, solat subuh, masak air, kemas la umah sket2, bancuh susu anak, pastu kang bila dah kejutkan sume bangun, menghantar anak gi umah mentua plak..pastu terus gi keje...sampai ops besela busy ngan keje opis...oh ye, kalo anak aku dah start sekolah cmne plak

Balik kang pas amik anak, mencekik, kelam kabut nak balik umah plak...tu pun nasib baik aku xyah masak, makan je umah mentua....kang smp umah menggelupur nak siapkan anak2 tukar baju malam, kang si kecik tu merengek nak tido, nak cuci kain, nak sidai, nak lipat.....kalo x sempat iron baju byk2 time weekend nak kena iron plak...nak cuci cawan ke ape ke yg patut atas singki tu...perghhhh aku rasa kelam kabut idup aku ari2...time weekend konon2 waktu utk berehat, tapi xde maknanye...time weekend la boleh buat byk keje, cuci cadar, mop lantai, masak..........

Aku tak tau kawan2 yang lain, hidup dia sebusy aku ke...tapi aku rasa kalo ko dok sendiri, pastu takde plak maid...gerenti sebusy aku...aku takde la nak merungut, just nak kongsi ape yg busy sgt dalam idup aku...tv pun jarang2 aku layan...ikut time la...tido jgn cite la, xyah la ko mimpi nak tido 8 jam sehari....mlm2 kang nak kena buat susu anak, anak nangis mengigau ke ape...yg bapak nye elok je tido...smp aku terpikir kadang2 tangisan anak dia tgh2 malam jadi cm lagu dodoi dia tido jek...hehe

Ape pun aku tau kita memang gagah perkasa...sbb tu aku nak wish

"wa salute lu Beb!!!!"

Susu Terakhir Buat Si Kecil

Sempena Hari Ibu, meh aku nak share cite kat bawah ni sket...dedicated khas utk para ibu di luar sana...

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi mungkin pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

Betapa besarnya kasih sayang seorang ibu walaupun ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".




It's Our Anniversary!!

"Setiap nafas yang dihembus..Setiap degupan jantung..Aku selalu memikirkanmu..Dalam sedar dibuai angan...Dalam tidur dan khayalan...Aku selalu memikirkanmu...Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang...Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu...Kerana kau beri erti hidup...Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya...Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan...Ku bersyukur adanya kamu...Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia....Asal masih adanya kamu..."

Hari ni aku nak feeling romantik sket...even kat FB pun siap letak gambar kawen lagik..Alhamdulillah dah 4 tahun usia perkahwinan kami...anak pun dah 2 org...walaupun usia perkahwinan belum mencecah jubli perak, tapi rasa cm dah banyak dugaan yang kami berjaya hadapi dan lalui...insyaAllah kami akan terus pertahankan rumahtangga yang dibina atas dasar cinta ini...

Anyway, aku berdoa moga ikatan ini akan berkekalan, kasih sayang & cinta akan terus mekar dalam hati kami...moga semua dugaan hidup membantu menguatkan hati kami suami isteri agar terus saling mencinta.....

Thanks abang, for being the man in my life!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...