Advert

Malay, Indian or Chinese?

Ni cite husband aku....alhamdullilah husband dah dapat keje baru...so bila keje baru ni mesti la asyik kena introduce je kan......everytime kena introduce je mesti husband aku angin gile...sbb nye.........

Boss : Meet my new staff, Yusof
Client : Yusof? Are u muslim?
            (sambil buat muka konfius)
Husband : No, I am Chinese actually....
                (menyirap smbil mengurut2 dada)
Client : erk???? hehe

kalo korang pernah baca  sini, mesti korang paham..hahahaha


Inila suami kesayangan hamba...

 p/s: sorry sayang, u plak jadi topic i hari ni...keke

Maharaja Lawak yang Memang Lawak

Hehe..actually dulu tak layan pun raja lawak ni...tapi bila en.hubby asyik bukak je, lama2 aku pun tersuka giler...actually mmg aku nanti2 kan maharaja lawak ni....sbb nya sume yang masuk mmg hebat2...kadang2 aku nyirap tgk org buat lawak yang cam cipan tu, ntah ape2...gelak sendiri, org lain xde gelak pun...so bila ade ML ni dah sah2 la yg mmg best buat lawak kan

Kalo tanye fav, aku paling suke depa ni....sgt menjadi lawak nya... hahaha, tengok aku dah tergelak dah!!!


Jozan - combination yg cukup perfect...tak kering idea
Jambu - aku tak pernah tgk lawak diorg sebelum ni...tapi mmg kelas gile lawak diorg...superb

Nabil - he is a good entertainer...

Sepah - aku tak pernah tgk time season diorg ni..tapi mmg lawak la....
R2 - kumpulan baru tapi best..i like!!

eeee tak sabarnya nak tunggu next week.....

What the H@?$ !!!!

Pagi ni aku bukak facebook cm biasa...ada one of my fren time study dulu posted status sedih...al-fatihah utk arwah ibunya....

Tapi tetiba aku nampak keganjilan berlaku kat status dia...cuba teka.....


Mari Belajar Merangkak

hadooii, actually dah lama gile aku nak share entry ni...tapi busy yg teramat2...xpela, malas nk cite byk..mari la sama2 kita belajar merangkak dgn cikgu nya si kecik Sayra...so are u ready guys, let's start!!


Step 1: Kita berniat dan aim nak ape...then kita bleh decide nak gi mane dulu


Step 2: Angkat bontot seperti saya ni..ish ish


Step 3: Jatuhkan badan sedikit sambil mengensot ke depan...buat ala-ala sister ngesot tuh


Step 4: Ulang step sebelum ini..Angkat bontot 1 more time dan jatuhkan badan 1 more time


Step 5: Anda boleh juga hold dlm seminit dua ketika mengangkat bontot itu...ini dipercayai bleh membantu proses mengempiskan perut tuan2 dan puan2 


Step 6: See.. nampaknya aim kita sudah tidak berapa jauh lagi...tp i sedikit keliru, yg mane 1 idaman kalbu


Step 7: Yes, berjaya jugak!! i pilih yang ini.....


Step 8: Skang i dh mula bz...maka, tuan puan boleh mencuba nya di rumah yea...kita bertemu di lain waktu!!

BYE!!

Say No to April Fool!!

Aku tak pernah tau pun sejarah April Fool ni..mungkin sbb malas nak amik tau..aku pun bukan jenis yang meraikan ke ape ke...time sekolah dulu ade gak member2 yang dok mengenakan time2 April Fool ni...pagi ni bila tengok calendar, owh, 1st April sudah rupanya..tetiba aku nak cari info pasal April Fool ni...mehla sama2 kita amik tau...

Sejarah April Fool


Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.


Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.


Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.


Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.


Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.


Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.


Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.


Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.


Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.


Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.


Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.


Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.


Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

Sumber: http://www.mykhilafah.com/

Lawak of the Day

Korang setuju tak kalo aku cakap children are very fast learner? Tak percaya? Amik nih....

1. TEACHER: Maria, go to the map and find North America.
    MARIA: Here it is.
    TEACHER: Correct. Now class, who discovered America ?
    CLASS: Maria.


2.TEACHER: John, why are you doing your multiplication on the floor?
  JOHN: You told me to do it without using tables.


3. TEACHER: Glenn, how do you spell 'crocodile?'
    GLENN: K-R-O-K-O-D-I-A-L'
    TEACHER: No, that's wrong
    GLENN: Sorry, but you asked me how I spell it.


4. TEACHER: Donald, what is the chemical formula for water?
    DONALD: H I J K L M N O.
    TEACHER: What are you talking about?
    DONALD: Yesterday you said it's H to O.


5. TEACHER: Winnie, name one important thing we have today that we didn't   have ten years ago.
   WINNIE: Me!


6. TEACHER: Glen, why do you always get so dirty?
    GLEN: I'm a lot closer to the ground than you are.


7. TEACHER: Millie, give me a sentence starting with 'I'.
    MILLIE: I is...
    TEACHER: No, Millie, always say, 'I am.'
    MILLIE: 'I am the ninth letter of the alphabet.'


8. TEACHER: George Washington not only chopped down his father's cherry tree, but also admitted it. Now, Louis, do you know why his father didn't punish him?
    LOUIS: Because George still had the axe in his hand....


9. TEACHER: Now, Simon, tell me frankly, do you say prayers before eating?
    SIMON: No sir, I don't have to, my Mum is a good cook.


10. TEACHER: Clyde, your composition on 'My Dog' is exactly the same as your brother's, did you copy his?
     CLYDE : No Miss, it's the same dog.


11.TEACHER: Harold, what do you call a person who keeps on talking when people are no longer interested?
    HAROLD: A teacher



Keguguran yang Melampau

Pernah tak percaya cakap-cakap org dulu2...tak kisah la, perumpamaan ke petua ke, pantang larang ke

Aku takde la menolak bulat2, mane yg rasional aku follow, mane yang agak2 pelik, yang aku malas nak layan tu, aku takdela sibuk nak buat gak..lagi pun duduk sendiri, so ade aku kesah? kalo ada org tua kat umah terpaksa gak la follow, kalo tak mmg kena bising abis-abisan...

Tapi baru2 ni aku berdepan dgn situasi yang nak percaya cakap org dulu2 ke tak nak...skang ni banyak gile rambut aku gugur...dh ala-ala nak kena penyakit leukimia..sekali sikat je, aku tak tau berapa juta rambut aku gugur..abis tu kalo lima kali sikat sbb nak kemas kan rambut, agak2 berapa ratus juta plak rambut aku gugur...org tua2 kata kalo anak (baby la) suka main air liur, rambut mak nye akan gugur...memang si baby kecik aku tu mmg suka nau main air liur...siap buat bunyi mulut pastu ber bubble lagi...mmg la comey nengok..tapi aku ni yg hampir botak


Dah la minggu lepas adik aku dok tegur kata nampak tgh kepala aku ni macam makin membotak..risau mak,nyahh..hadoii

Mungkin gak sbb shampoo tak sesuai...tapi aku ade gak try pakai shampoo lain tapi sama je..kalo kt umah tu aku menyapu sket, mesti rambut yg penuh, bukan nya sampah sarap...kat toilet plak mesti lantai penuh ngan rambut aku kalo time2 aku cuci rambut..

Wahai anak ku buah hati ibu, tolong la jgn main air liur lagi....kasihanila ibu mu yg hampir botak ini..huhu


Oh maaf, aku belum sanggup ikut trend semasa dgn membotak kan kepala...aku ni dh la tak berapa ayu, kalo botak kang bertambah2 plak hilang nya keayuan yang sememangnya nipis ni...kekekeke


Yusra dah 3 tahun..Yeayy!!

Alhamdulillah, next week 24hb genap 3tahun usia puteri sulungku, Yusra..tapi kalo dari segi borak, action dan mcm2 perangai memang terkejut dia baru 3thn..gaya cm besar sgt je..this year takde plan langsung nak buat majlis bagai...takkan every year nak buat majlis gilang gemilang utk birthday anak plak kan..lagi2 utk org yg nan ado cm aku ni..actually not to say that aku tak sayang anak ke berkira ke, just pada aku, biarla bersederhana...last 2 years ade gak buat majlis sket...this year we all plan nak celebrate 1 family jek..beli kek, potong kek, cari hadiah sket kasi dia hepi..

Tetiba hubby balik cakap we'll stick to our plan; no birthday function tapi nak buat akikah..tu pun pas dia dengar tazkirah kat radio kata ibubapa skang ni lebih pentingkan sambutan harijadi daripada akikah anak..so ibarat termakan cili la beliau...tapi betulla, aku tau akikah ni sunat muakad, paling baik buat selepas 7 hari dilahirkan; tapi time tu tak dapat buat sbb takde budget...so lama2 aku pun terlupa dan terlepas pandang....skang anak dh masuk 3 thn tapi belum buat lagi akikah tuk dia...malu aku pada Allah, majlis harijadi bleh buat, akikah anak tak buat plak....

So kitorg decide this year sempena birthday Yusra ni nak buat akikah la...sembelih seekor kambing sbb anak perempuan..then masak, sedekah kat surau...itu lebih baik kan...bukan susah sgt pun nak buat akikah ni, asalkan bleh beli kambing, masak sket, sedekah kasi org makan..then siap...sementara mampu ni, biarla ku settle kan urusan2 penting....tak gitu?

Buat Yusra, jadila anak yg solehah, hormat org tua dan berjaya dunia akhirat..selagi daya, ibu dan abah akan berikan yang terbaik utk Yusra..Yusra dan adik adalah anugerah terbaik yg diberikan Allah kepada kami...


p/s: tetiba aku feeling keibuan kan....kekeke

Busuk nya Hati Ko

Aku tak tahu nape ade manusia hina yg sanggup sihir2 kan org...jumpa bomoh itu, bomoh ni, pastu guna plak ayat2, mantera syaitan dgn purpose nak menyusahkan hidup org lain..syok ke ek?

Of course aku emosi..especially yg melibatkan family aku sendiri..dh bawak mama berubat kat beberapa tempat, suma cakap mama terkena sbb ada org 'buat'..memula memang aku malas nak percaya..iyala, org dulu2 iyela percaya benda2 cmni, org2 muda mana nak amik port kan...tapi bila bawak gi hospital, hospital plak kata takde ape2..tapi mama asyik cakap badan dia panas la, mcm menggelupur takleh dok diam sentiasa..risau aku

Wei manusia lahanat, ko gembira agaknya kalo dapat mendajalkan org kan..kasi hidup dia tunggang langgang...nape la busuk sgt hati ko...aku tak tahu nape ko bleh terpikir nak jumpa bomoh mengenakan org lain...memang aku tak minta dibalas balik kat ko..tp kalo jadi kat family ko macam mana? bawak2 la mengucap..jgn suka sangat menggunakan syaitan dlm misi busuk ko tu...jgn sampai benda2 tu makan diri ko balik sbb Allah maha berkuasa ok..

p/s: aku rasa diorg ni terpengaruh ngan cite2 siam yg seram2 tu la..cth: Long Khong...kan jenis menyihirkan org je tu

Busy Bee

hehe..

rasa cm lama gile tak online..serius aku busy yg teramat2 recently..ni pun saje2 amik risiko online time2 lunch ni

takde la busy buat mende ape pon..tapi benda2 yg sket tu dh berjaya buat aku nak lari cm tak cukup tanah..memula mama yg tak elok2 lagi sakit..dh 2 bulan lebih mama cmtu...aku pun every weekend berkejar2 balik port melawat n jaga mama..

time keje pun terkejar..dhla everyweek aku kena gi client's office, ngan byk cuti lagi awal2 tahun ni, ngan audit utk sume accounts lagi...adoii letih nya...

tu belum cite pening kepala nak menghantar anak2 time keje...plus keje2 harian yg dok carry forward lagi..pergh lotih den

tapi tak perlu la aku nak cite detail..iye tak? cos masing2 pun ada busy cara tersendiri kan...kang menyampah plak org nak baca...huhu

k la, ape pon, enjoy your holidays yg melambak2 bulan feb ni ek...nnt time aku dh bleh bernafas sket, aku update manyak2 k...daaaa

xoxoxo muahahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...