Advert

Semua Serba Tak Kena

Perghh, agak2 bersawang tak blog hakak...bz giles rasanya this week..alkisah nye hubby hakak masuk ward...almost 1 week gak la...sebagai isteri yang mithali dan solehah, harus hakak ni bersusah payah untuk cik abg yea....



auww, i mmg isteri mithali hokey

Hubby hakak ni last weekend gi kedah, koje katanye...alih2 balik2 member dah kena cirit-birit, sakit perut bagai...1 hari dok umah rehat pun tak elok2 gak...last2 gi jumpa doktor then doktor advise kena warded je...senang nak buat check up & treatment sume....hakak tak kisah janji insurance tanggung...dah la hubby hakak tu asyik koje je tak reti dok umah...haaa ni rasakan dia dok melepak kat spital, berehat gitew..scan itu ini, check sana sini, sekali result nye hubby hakak kena sinus....

haaa? apekah?

Hakak pun tak paham ape kena mengena sinus ngan sakit perut cirit birit sume...tapi disebabkan doktor tu lagi pandai daripada hakak dalam bab2 medical ni, kita terima jela jawapan dia....according to the doc, since hidung hubby hakak ni bengkok sket (dulu injured time main rugby) so sinus tu tak dapat mengalir betul and berkumpul kat tepi2 hidung..bila dah makin banyak, dia bleh effect kat perut...huhu...tak paham aku!

Baru semalam dapat discharge..alhamdulillah la takde ape2, just kena makan ubat and buat treatment cam yg doc suruh la sket2....phew!!

Hakak plak time dah nak masuk 7 bulan ni, peha mula melecet la..sakit wooo...tak tau nak buat cmne...agaknye peha2 ku sudah mula mengembang dan bertemu sesama sendiri...sbb tu melecet...hehe...ni teori hampeh hakak laa....the best part is hakak terpaksa berjalan kengkang...adoyaiiiii

Awat lama tak update?

Sorry lama tak update...laki hakak warded la...terkejar2 ke hospital...nanti dah settle sume hakak cite k...doakan semuanya ok yea....

Jalan-jalan di Batang Kali
Kita jumpa lenkali..........

Last weekend yang memenatkan

Weekend yang lepas, my schedule cukup la bz...letih...mmg letih, ditambah dgn kepenatan membawa perut lagi...hakak dah mula berkampung kat umah in-law dari ari jumaat lagi...balik2 je keje trus ke situ sbb my SIL nak wat cukur jambul anak nya hari sabtu lepas....dh cam kenduri kawin hakak nengok bz nye...rasanya maybe sbb Mohd Hasanudin ni anak last, sbb tu nak buat meriah sket...my SIL dah terpaksa tutup buku sbb anak yg ketiga ni pun keluar ikut tingkap gak...

Ari jumaat mlm tu kami dah sibuk potong memotong, bapak mertua plak pukul 12 ke 1 pagi dh start masak-memasak utk sok pagi nye...uishh, mmg gile la meriahnye umah....best gak feeling2 ada org kawin ni...pestu ari sabtu lak dh bz menolong my SIL plak kenduri kat umah dia...cm bese, ada marhaban, pastu ada doa selamat sket + 1st birthday utk anak no. 2 dia...sumenya package buat sekali...mmg letih ngko! smp melecet peha hakak ni...agaknye sbb byk berjalan, dhla dgn panas nye lagi...so mlm tu weols decide tdo umah mentua la lagik..hubby hakak dah condemn, tak larat nak balik....

Konon2 ari ahad, semlm pas mencekik nak balik trus...alih2 adik2 ipar plak minta kitorg bawak mentua gi jalan2...sempena ari ibu la katakan...tak tau nak gi mane, alih2 ke zoo plak kami bersiar2..haha...xpela, janji sume hepi....

Buat mama dan mak, selamat hari ibu...kalian mmg terbaik membesarkan anak2 tanpa keluhan...wpun kalian sudah berusia tapi tenaga mu masih seperti dulu...dulu hanya anak2 yg kalian pikirkan, sekarang beban mu bertambah dgn kehadiran cucu2 yg nakal...tp tetap tiada keluhan, malah kalian sentiasa tersenyum tanpa memperlihatkan kepenatan dlm mendidik, membesar, menjaga kami semua.....terima kasih ibu2 ku.....

Mama, lia minta maaf tak dapat balik meraikan hari ibu dgn mama..insyaAllah lia balik nnt, lia nak celebrate ngan mama...moga mama hepi wpun terlambat....

p/s: rasanye laki aku xde wish pun, hepi mother's day....ee nak kena dia ni!!!! eh ke ade ek?

5th May 2010

Today is our 3rd wedding anniversary!! Cepatnya masa berlalu...dari perkenalan utk kacau mengacau akhirnya membawa ke jinjang pelamin...dan alhamdulillah dikurniakan anak yg cute and bijak, dah nak tambah lagi sorg pun....kadang2 cam tak percaya pun ada we all dah kawin...selama 5 tahun berkawan, berkongsi masalah, masing2 cuba menjadi pendorong semangat dan kini dah genap 3 thn kami bernikah plak...

Buat abg, terima kasih kerana sudi menerima lia seadanya...lia tau lia bukan manusia perfect tapi utk abg lia akan cuba sedaya upaya utk tidak menampakkan kekurangan itu....


Di manakah pemandangan terindah
di dunia puas ku cari setelah jauh melangkah
Hingga takdir menyuluh ke arah mu
Ku temu pemandangan itu terlakar di wajahmu...

Dengan setiap renungan..Terpesona ku rasakan
Dengan setiap belaianmu hati makin tersentuh
Oh kasih ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku
Dan indah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu...........
Dalam berjuta-jutaan lagu
Tiada satupun dapat menenteramkan kalbu
Melainkan bila kau menyebut
Ke telinga bahawa kau juga sayang padaku
Dengan setiap lafaz kata...Harapan makin menyinar
Untuk kita bersama membina hidup bahagia.....
Ku rasa setuah-tuah manusia...Nikmati hidup dengan lelaki yang ku cinta....."




Dariku yang mencintaimu seumur hidupku.....

Let's Masak Popia

Hakak ni dari kecik lagi mmg suka tolong mak hakak memasak....seronok...bila dah kawin, dah ada umah sendiri ni makin teruja la nak masak tu ini....

So last saturday mak mertua hakak request suruh hakak buat popia utk makcik yang ada buat birthday anak dia...cam we all nak saje nak kasi sikit kuih la...sbb before ni time buat popia utk birthday lil'yusof sume dok cakap sedap...kembang kempis idung hakak.....so this time gihihla hakak ko sorang2 hokey, buat popia....naik lotih...iyela, ari tu buat ramai2, alih2 this time hakak buat sorang, adoii! Tapi ape pun berbaloi sebab diorg kata sedap, just husband hakak kata masin sket....al-maklum la, hakak ni masak mmg tak reti nak merasa....aku pun tak paham...so jadilah masakan ku kejap sedap kejap tak..hahahahha

Below resepi hakak yang diambil dari kak Liza, haaa salin-salin.....


Popia Goreng Bercili

Gambar pun cilok dari kak Liza gak..kekeke..hakak tak sempat nak snap

Bahan
kulit popiah ready made secukupnya minyak untuk menggoreng
1 s/b tepung gandum + 3 s/b air dibancuh sebagai gam kulit popiah

Bahan Inti
200 gm udang [hiris kecil ]
1 batang carrot kecil [sagat/potong halus ]
1 mangkuk kobis [racik halus]
5 batang kacang panjang [potong halus] - tapi kali ni hakak tak masukkan kacang panjang
1 tangkai cili merah [hiris halus]
1 labu bawang besar [racik]
1 ulas bawang putih
1 s/b minyak garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
2. Masukkan udang dan carrot, Kacau rata.
3. Masukka kobis, kacang dan garam. Kacau rata.
4. Bila sayur telah lembut tutup api dan tapiskan supaya kuahnya turun kedalam mangkuk.
5. Bubuh inti popiah ditengah kulit popiah dan gulungkan sehingga hujung saperti gulungan kueh gulung atau ketayap.
6. Gamkan hujung dengan bancuhan tepung tadi.
7. Gorengkan dalam minyak yg banyak dan sederhana panas.
8. Bila telah kekuningan boleh angkat dan toskan minyak.
9. Hidangkan dengan kuah cili sos.

SOS CILI

Bahan
2 s/b cili mesin
1 ulas bawang putih ] tumbuk hancur
2 s/b cili sos
2 s/b cuka
1 s/b gula
3 s/b minyak garam bijan [jika suka]

Cara .
1. Tumiskan cili dan bahan lain. Masakkan sehingga pekat.dan naik minyak.
2.. Masukkan popiah goreng tadi dan taburkan bijan.
3. Kacau rata dan angkat.
4. Hidangkan.

Kena Ambush.......

Semalam ada la seorang perempuan ni call hakak, 2 kali…mula2 dia nak carik sape ntah, hakak cakap wrong no…lagi sekali dia call lagi, akak pon………..

Dia : Ni lia ke?
Hakak : Ye saya…siapa ni
Dia : Awak dekat mane ye?
Hakak : KL…siapa ni?
Dia : Awak keje bahagian ape?
(Time ni hakak dah menyirap dah………….)
Hakak : Boleh saya tau dgn siapa saya bercakap?
Dia : Sebenarnya macam ni…awak kenal Hairulnizam bin polan tak?
Hakak : Hah? Siapa tu?
Dia : Saya ni isteri Hairulnizam…saya tengok no awak ada dlm telepon suami saya
(Hakak sudah mula panas yea….)
Hakak : Boleh saya tau kat dlm telepon tu, no saya di set atas nama ape
Dia : Ada 2…(hah, sudah!) Satu nama Lia, satu lagi nama Kak Lia…(adoiyaiii) Saya ni sebenarnya tgh ada problem dgn suami saya…saya dapat tau dia ada affair! Tapi saya takdela tuduh awak ada affair ngan suami saya..just nak check je
(wahhhh, ini sudah mendatangkan marah!!!!)

Setelah mengambil nafas dan cuba bertenang, hakak mula mengatur bicara supaya nampak professional gitewww..

Hakak : Kak, mcm ni la yea…saya ni keje di agensi pekerjaan, mmg ada kasi sume org yang nak cari keje tu no telepon saya….so mungkin suami akak ni salah seorang candidate saya…tapi kalo ikut nama, memang saya x kenal sbb saya ni deal ngan ramai candidate…so saya tak ingat nama diorg satu persatu…..
Dia : owh yeke…awak keje Agensi Pekerjaan yea…..saya nak carik keje kosong gak ada ke? hehe


huhuhu...menangis hakak dgr hokey!!

Ok…yang last tu hakak tipu…kekeke….akhirnya perempuan tu minta maaf dgn hakak and hakak kata, it’s OK…..ish ish, first time hakak rasa kena serang uolls…just wondering gak sape la agaknya suami dia tu sbb dia set no akak atas nama nick name yg hanya dipanggil oleh family & kawan2 studi jek…hurm, ntahla….hakak ni pun story la kat bos, bleh plak bos ckp…….

“ Haaa, nasib baik dia tak datang opis ni…kalo datang tgk plak perut u, mesti dia tanya, haaa, ni anak sape?? Hahahaha”

Adoiyaiii, bos bos….sobar jo la den ni dongar…..

Agung nya seorang Wanita

Hakak malas nak cakap byk...just sharing is caring.............

A. Kelebihan wanita daripada Lelaki
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda:
“Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

B. Anak Perempuan lebih istimewa
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

C. Kelebihan Ibu
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

D. Kelebihan Taat Kepada Suami
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya(walinya) (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W, “Ibunya.”

E. Ibadah Wanita
13. Wanita apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

F. Keistimewaan wanita Dalam melahirkan dan menjaga Anak
15. Apabila seseorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T
17. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir seorang anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T
Fikir-fikirkan lah….wahai mereka yang berakal……

Petikan oleh Muhammad Aliffudin B Ramlee

Baby dah mula Gerak !!

Hari ni, 23rd Apr 2010, baby dalam rahimku dah mula bergerak....i am so happy!! actually hakak dah mula rasa getaran kat bawah perut ni time nak masuk 5 bln ari tu, tp today perut dah mula rasa gerakan nya...cam tak percaya je....kalo ikut kiraan, baby dah 21 minggu....Tak sabar nak tengok perut ni kempis sebelah, kembung sebelah,..sgt syok hokey....hubby pun dah excited nak bawak gi scan....ya Allah ko permudahkan lah segala urusan ku....


Bawah ni info yang hakak baca tentang perkembangan bayi hingga ke minggu ke 2, hakak amik dari mengandung.com....

Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.

Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.
Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.

Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.

Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.

Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Tak Salah Mengingati Mati

Hurm tak tau nape lately ni asyik pikir pasal mati jek....kadang2 tgh bawak kete terpikir accident la hape la....ishhh...takot hakak...iyela, sedar amalan tak cukup..tapi kalo dah Allah kata 'kun faya kun', jadi gak la...tak kira la sempat bertaubat ke tak...just kesian kat family la nnt especially anak & suami...hurmmmm

Walaupun belum hari raya, hakak nak minta maaf kat sume yang kenal hakak...halal kan makan minum......

Sayang Anak Tinggal-tinggal kan?

Baru kejap ni hakak dok terpikir...nape ada org yang sanggup gi honeymoon (katanya) atau jalan2 dgn tinggalkan anak kat mak bapak ek? Sorry la, hakak bukan ape, just terpikir je la kan...iyela, tiap2 org ada different opinion and maybe they all tu ada reason tersendiri...

But to me, hakak belum sanggup nak tinggalkan sebab nak berdua sahaja laki bini, dah lama katanya tak merasa cam dolu2....actually bila ko dah kahwin ko akan mula rasa life berubah sedikit demi sedikit, time baru2 kawen tu of course la perubahan yang membahagiakan sbb ko at last dapat gak kawen ngan laki ko kan, ke hulu kehilir berdua, makan bersuap, tido berbelai gitu.......tp once ko dah ada anak u like it or not, your life will definitely change i mean cam rutin harian ko, tabiat ko dulu ko kena ubah, cara hidup ko...banyak la...bukan hakak ckp anak ni menyusahkan/ membeban kan, actually mmg menyeronok kan tapi dgn ada nye anak ko tak boleh nak layan malas cm mula2 kawen dulu....

So same thing ngan jalan2 ni sume...mmg ko jarang dah ada time nak jalan2 ngan laki ko berdua jek, unless ko keluar time office hour cam laki ko dtg nak ajak lunch ke...tak pun korang nak gi memana pas balik keje..camtu je....cos most of the time anak ko ada...cam hakak sendiri serius dah lama tak tengok wayang uol, last pun time pregnant lil'yusof..bukan tak nak gi, hakak ni risau je kalo2 dia melalak plak dalam wayang tu, tak pasal2 ganggu org and spoil my mood plak..so sanggup la tak gi, tgu besar sket ke...bukan tak pernah nak buat, tapi baru je sepuluh langkah hakak keluar umah, patah balik sambil menangis nak gi amik lil'yusof tu...hihi...hakak tak sampai hati bila time hakak nak keluar tu dia pandang hakak dgn penuh simpati sbb time tu lil'yusof kecik lagi, tak pandai ckp pun...tp hakak dpt rasa cam dia cakap, ibu nak gi mana, nape tak bawak yusra.......ko sampai hati ke?? even time tu sebenarnya nak keluar nak celebrate our anniversary? ishh hakak tak sanggup

Bila ko dah ada anak, ko angkut je la anak ko tu kemana pergi...tak payah nak tinggalkan..then korang pandai2 la plan camne nak spend time berdua laki bini je...kita masa kecik dolu2 pun rasanya tak pernah kena tinggal ngan mak bapak yang nak gi honeymoon bagai...hakak ingat lagi dulu masa kecik2, hidup pun susah sket la...walau kemana pun mak hakak nak gi, tetap di angkutnya hakak ngan adik hakak...mula2 jalan kaki sket dlm 1 ke 2 km nak ke stesen bas, then amik bas plak....bas plak asyik penuh je..berdiri la gamak nye kami ni, tapi ada gak insan yang baik hati kesian nengok mak hakak dok dukung adik sambil terkial2 pegang hakak dlm bas tu, kasi la tempat duduk..almaklum la, dalam bas tu kalo berdiri terhoyong-hayang mana nak pegang anak, mana nak pegang ape2 yang bleh dipegang...kalo tak, ada gak yang tergolek dalam bas tu

Imagine la dulu mak bapak kita bukannya senang tapi boleh angkut ko adik beradik pergi sana sini...takkan la time ko dah ada kereta besar tak boleh nak angkut anak ko...lagi selesa sbb anak ko bleh siap baring2, berlari2 lagi dlm kete tu...ko nak angkut susu, bantal semua pun senang...tapi kalo ko kata ko tinggalkan anak sbb tak leh nak control anak ko, especially tang anak yang tak reti dok diam tu kan, akak nasihatkan ko jangan buat anak........senang hidup ko...senang ke??


p/s: haa kan aku dah emo.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...