Advert

Sayang Anak Tinggal-tinggal kan?

Baru kejap ni hakak dok terpikir...nape ada org yang sanggup gi honeymoon (katanya) atau jalan2 dgn tinggalkan anak kat mak bapak ek? Sorry la, hakak bukan ape, just terpikir je la kan...iyela, tiap2 org ada different opinion and maybe they all tu ada reason tersendiri...

But to me, hakak belum sanggup nak tinggalkan sebab nak berdua sahaja laki bini, dah lama katanya tak merasa cam dolu2....actually bila ko dah kahwin ko akan mula rasa life berubah sedikit demi sedikit, time baru2 kawen tu of course la perubahan yang membahagiakan sbb ko at last dapat gak kawen ngan laki ko kan, ke hulu kehilir berdua, makan bersuap, tido berbelai gitu.......tp once ko dah ada anak u like it or not, your life will definitely change i mean cam rutin harian ko, tabiat ko dulu ko kena ubah, cara hidup ko...banyak la...bukan hakak ckp anak ni menyusahkan/ membeban kan, actually mmg menyeronok kan tapi dgn ada nye anak ko tak boleh nak layan malas cm mula2 kawen dulu....

So same thing ngan jalan2 ni sume...mmg ko jarang dah ada time nak jalan2 ngan laki ko berdua jek, unless ko keluar time office hour cam laki ko dtg nak ajak lunch ke...tak pun korang nak gi memana pas balik keje..camtu je....cos most of the time anak ko ada...cam hakak sendiri serius dah lama tak tengok wayang uol, last pun time pregnant lil'yusof..bukan tak nak gi, hakak ni risau je kalo2 dia melalak plak dalam wayang tu, tak pasal2 ganggu org and spoil my mood plak..so sanggup la tak gi, tgu besar sket ke...bukan tak pernah nak buat, tapi baru je sepuluh langkah hakak keluar umah, patah balik sambil menangis nak gi amik lil'yusof tu...hihi...hakak tak sampai hati bila time hakak nak keluar tu dia pandang hakak dgn penuh simpati sbb time tu lil'yusof kecik lagi, tak pandai ckp pun...tp hakak dpt rasa cam dia cakap, ibu nak gi mana, nape tak bawak yusra.......ko sampai hati ke?? even time tu sebenarnya nak keluar nak celebrate our anniversary? ishh hakak tak sanggup

Bila ko dah ada anak, ko angkut je la anak ko tu kemana pergi...tak payah nak tinggalkan..then korang pandai2 la plan camne nak spend time berdua laki bini je...kita masa kecik dolu2 pun rasanya tak pernah kena tinggal ngan mak bapak yang nak gi honeymoon bagai...hakak ingat lagi dulu masa kecik2, hidup pun susah sket la...walau kemana pun mak hakak nak gi, tetap di angkutnya hakak ngan adik hakak...mula2 jalan kaki sket dlm 1 ke 2 km nak ke stesen bas, then amik bas plak....bas plak asyik penuh je..berdiri la gamak nye kami ni, tapi ada gak insan yang baik hati kesian nengok mak hakak dok dukung adik sambil terkial2 pegang hakak dlm bas tu, kasi la tempat duduk..almaklum la, dalam bas tu kalo berdiri terhoyong-hayang mana nak pegang anak, mana nak pegang ape2 yang bleh dipegang...kalo tak, ada gak yang tergolek dalam bas tu

Imagine la dulu mak bapak kita bukannya senang tapi boleh angkut ko adik beradik pergi sana sini...takkan la time ko dah ada kereta besar tak boleh nak angkut anak ko...lagi selesa sbb anak ko bleh siap baring2, berlari2 lagi dlm kete tu...ko nak angkut susu, bantal semua pun senang...tapi kalo ko kata ko tinggalkan anak sbb tak leh nak control anak ko, especially tang anak yang tak reti dok diam tu kan, akak nasihatkan ko jangan buat anak........senang hidup ko...senang ke??


p/s: haa kan aku dah emo.......

Anak degil..tanda cerdik?!

Tiba2 terpikir nak cari info/petua/tips untuk mengajar anak yang degil..lil’yusof sekarang bukan main la degil..sampai hakak dah tak leh handle dah…benda yang kita larang, tu la yang dibuatnya..hakak bukanla nak overprotective sgt, but of course kita tak nak la apa2 jadi kat dia kan…nanti kita gak yang susah…especially nengok dia panjat sana, panjat sini, tuang air botol susu kat dlm cawan, buka plak almari amik baju tu, tarik baju ni….mmg jadi tarzan lah hakak menjerit, jangan!! jangan!!

Tapi bukan nak dengar, makin saje dibuat…kadang2 hakak warning siap counting 1,2,3 lagik tapi bleh plak dia ikut kira sekali…mau ko tak sawan! Abah nye yang konon2 tak bleh nak marah anak pun, dah siap ngamuk sekali…hahaha…hakak ni plak kadang2 ringan je tangan ni nak belasah..tu yang asyik kena cubit, kena pukul je…kita ni kecian gak nengok, tp geram teramat sgt…dia takut pun kalo amik rotan atau hanger…haaa baru dok sibuk dok diam…tp takkan la everytime pun nak bawak rotan kat sebelah kan…alih2, google punye google, hakak masuk forum ni….n adala insane baik hati ni share 1 article…..

"Anak degil...tanda cerdik"

Namun begitu, walau sebijak atau secomel mana pun anak-anak ini, tetapi jika bersikap degil dan keras kepala, sudah tentu akan memeningkan ibu bapa.Kadang-kadang kebanyakan ibu bapa tidak terlayan dengan kerenah anak mereka yang degil serta keterlaluan.Walau bagaimanapun, bagi ibu bapa tidak perlu gusar dan risau kerana sifat degil yang ada pada setiap anak-anak di peringkat usia empat ke lapan tahun merupakan fitrah semula jadi mereka.Anak-anak dalam usia ini, akan mengalami satu proses berfikir yang dicanai oleh proses tumbesaran.Perasaan ingin mencuba dan semangat ingin tahu menyebabkan anak-anak itu terdorong untuk melakukan perkara yang bertentangan serta tidak mendengar nasihat.
Pensyarah Psikologi Komunikasi dari Jabatan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Zamri @ Mua'ati ketika dihubungi menerangkan, cara anak-anak berfikir sangat mu-dah dan mereka hanya berfikir apabila diberitahu sahaja. Katanya, apabila otak membesar, anak-anak akan responsif dengan apa yang dilihat dan menyebabkan mereka ingin mencuba terutamanya sesuatu yang baru."Kedegilan pada anak-anak merupakan satu perkembangan yang sihat kerana dia mempunyai semangat ingin mencuba."Apabila mereka mempunyai respons terhadap apa yang dilihat, sudah tentu anak-anak ini akan melakukan apa sahaja yang dibuat oleh orang lain sebagai contoh, memanjat tangga,'' katanya.Beliau tidak menafikan anak-anak yang degil adalah anak-anak yang bijak kerana apa yang dialami oleh mereka menyebabkan mereka cepat berfikir dan bertindak terhadap apa jua yang dilakukan.Sifat degil yang bertempat sebenarnya membawa kebaikan kepada anak-anak itu sendiri.Sifat positif ini secara langsung menunjukkan anak-anak itu mempunyai prinsip serta mempunyai harga diri yang tinggi."Mereka ini berpendirian dan mempunyai maruah yang tinggi jika kedegilan mereka itu kena pada tempatnya, seterusnya anak-anak itu tidak mudah tunduk pada kata-kata orang lain,'' katanya.Malah, anak-anak akan ber-tambah degil jika ibu bapa menghalang segala tindak-tanduk yang dilakukannya."Ibu bapa tidak sepatutnya menghalang apa sahaja yang ingin mereka lakukan, tetapi perlu mengawasi setiap pergerakan anak selain mengasuh mereka dengan cara yang betul,'' terangnya.
Zamri turut menyangkal pendapat mengatakan kedegilan anak-anak berpunca daripada kesilapan ibu bapa yang tidak pandai mengasuh anak mereka."Tidak benar anak degil disebabkan salah asuhan, tetapi kenalah awasi selalu setiap pergerakan mereka,'' katanya.Ini kerana kanak-kanak hanya memberi perhatian pada sesuatu perkara sekejap sahaja. Jadi jalan terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan menarik perhatian mereka kepada perkara yang lain. "Ibu bapa boleh menarik perhatian anak-anak dengan menggunakan pujukan dan cara berkomunikasi dengan betul sehingga mereka faham mengapa dan kenapa kita melarang dia melakukan sesuatu,'' jelasnya.Katanya lagi, ibu bapa harus belajar cara berkomunikasi yang betul dengan kanak-kanak untuk memudahkan mereka berhadapan dengan pelbagai situasi yang melibatkan sikap dan tabiat anak mereka.Sebelum itu perlulah diingatkan, untuk mengajar anak bukan hanya dengan cara menggunakan kekerasan seperti memukul.Meninggi suara atau menengking anak yang degil juga bukanlah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah tetapi jika tahu caranya perkara yang susah akan menjadi mudah.Paling utama ibu bapa perlu bersabar dengan kerenah anak-anak dan luangkan lebih ba-nyak masa untuk memahami kerenah mereka.Ibu bapa juga patut bertanya atau mengajak kanak-kanak berbual, sekurang-kurangnya untuk mengetahui masalah yang dihadapi mereka.Tambah Zamri lagi, kedegilan kanak-kanak juga adalah mengikut persekitaran di mana dia berada dan kebiasaannya sikap degil hanya di peringkat kanak-kanak sahaja.Mereka berubah sedikit demi sedikit apabila mencecah usia dewasa.”

oooo begitu kah? Komen2 sume plak semuanya cerita tentang kedegilan anak masing2…cara masing2 handle pun different & kadang2 rasa cam lawak jek…maknanya normal la kot budak2 time2 baru nak belajar ni buat yang bukan2…just sebagai parents ni kena la pandai nak uruskan kanak2 nie..hurmmm, rasanya hakak kena pikir cara terbaik camne nak uruskan si kecik ni lah………
hurm..hurm..tapi kan..hubby hakak kata, lil'yusof banyak ikut dia especially tang kulit, cara tido, suka gigit kuku and few things la...tapi part 'degil' ni ikut hakak...iyeke???? pandai jek...hikhik

Moto ooo Motor

Dah lama sungguh tak update blog...bukan hape, bos hakak dh mula masuk opis...tak ada chance la hakak nak update barang sepatah dua...last week ada meeting kat Sunway Pyramid..hakak ni menumpang la colleague naik kete dia...almaklum hakak ni bukan nye bese drive ke area sana...kang ada jugak yang tak jumpa jalan balik kang...time balik plak mryusofhussain la tolong ngambik...alih2 time si hubby smp, nengok2 dia bawak motor daaa.....


"sayang, cepatla..nak rempit ni!' kata laki hakak...hikhik

Pas singgah makan kat kedai mamak jap, kami pun memulakan perjalanan rempit itew..hakak pun dok nengok2 gak jalan, iyelah, sok2 kalo meeting lagi kat situ, tak yahla menyusahkan sesiapa....pastu lalu kat laluan motosikal Federal Highway....wah manyak syok weii......dah lama gile kami tak naik motor berdua..

Mulala hakak feeling zaman2 berchenta...dulu kalo nak dating naik motor je u...before hubby ada kete...owh ye, before berani naik motor, we all naik bas jek...sanggup la naik bas dari klang ke kl, then patah balik ke klang..hikhik...hubby i time tu kata takut nak bawak anak dara org naik motor, kalo2 eksiden ke hape ke, bahaya la...boleh? hehehe...

Then time tu feeling la naik motor ke sana sini sambil nyanyi2 lagu hindustan...part nyanyi tu hakak tipu k...ko giler nak nyanyi2 naik motor...ko ingat kat India sana, tgh shoot filem Bollywood...

Tapi sejak dah ada anak nie, motor terbiar jek...lebih selesa bawak kete je..risau gak nak bawak anak naik motor...hakak penah nampak sepasang suami isteri ni, laki bini la tu kan sbb dah ada anak....owh ye, sambung, sepasang laki bini ni bawak anak naik motor, tp time nak masuk simpang main terjah je dgn takde signal...ishh mengucap hakak time tu...ko bawak anak la dowhh...kalo kereta laju mmg selamat korg anak beranak....

Yang kelakarnya masa we all naik motor tu, terpaksa berhenti jap kat tepi jalan sbb hakak sakit pinggang...hadoiiyaii, potong stim btul..dah tak bleh naik motor dah...bagai nak putus pinggang hakak sakit, tu pun nasib baik mryusofhussain tak langgar sgt speedbreaker ke lobang2 di jalanraya ke...kalo tak, mau aku terberanak kat situ gak...dah amik si kecik, trus terjah balik umah dan terus baring...tak tahan aku......tau2 kami anak beranak rupanya dah terbongkang atas katil ngan tak mandi...hakak sedar2 dah kul 1 lebih...hihihi

No Mood

I am not in a good mood today..................
tp bukan sbb period hokey....dah lama i tak period................

Birthday Celebration

Alhamdulillah, 27hb Feb lepas berjaya gak kami buat birthday party for lil'yusof..tak ramai pun yg dijemput..just saudara mara yang duduk dekat ngan member2 rapat jek..penat gak la sbb 3 malam berturut2 kena attend kenduri org smp x sempat nak prepare awal2 for our party...but still we managed to do it...dgn pertolongan mama, mentua dan adik beradik...Memula risau gak takde org datang bcos dah pukul 8 mlm just family je yang sampai...rupanya yang lain2 lambat sket...lil'yusof looked very happy especially bila sume orang dok nyanyi lagu birthday untuk dia..

Antara menu yang disediakan; laksa, bihun goreng, nasi beriyani, sambal ayam, kurma telur & acar timun, popia basah, bubur jagung, nugget, sosej & crab stick, beberapa jenis puding, buah tembikai sbg desert dan air sirap limau...

Then door gift utk kawan2 yusra plak ialah stationery set, ada yg packing mickey mouse, spiderman & transformers...tp i tak sempat nak snap u..hihihi...owh tu pun plus packaging gula2 utk kanak2 iteww...


Inila dia kek yang disponsor oleh pak long nye..mekacih pak long..siap ada gambar Barney lagik...fav lil'yusof tau! Kek pun sedap....


Lil'yusof kelihatan cukup happy bergambar sambil tersenyum di depan kek nya...the best part time seisi suap menyuap mmg syok bcos she' very sporting suap semua org...


Ni la beberapa hadiah yang lil'yusof dapat on her birthday...happy betul dia mengkoyak kan kertas2 tu semua..hihi
dgn gaya eksyen dia berkata, "ni semua utaa punya hokey!"



The cute little Birthday Girl...

Dedicated to Lil'yusof

Happy Birthday Sayang!!

Hari ni genap 2 tahun umur anak ibu ni...sekejap sungguh masa berlalu...ibu ingat lagi ketika ibu mula2 dapat tau ibu pregnant...happy tak terkira...cm tak percaya dh ada kehidupan dlm rahim ibu..ibu n abah mula jaga sayang..abah tak kasi ibu buat keje berat2, jaga makan, jaga emosi sbb ibu tahu ape yang ibu rasa itula juga apa yang akan sayang rasa..ibu ada gak merasa morning sickness tapi alhamdulillah tak teruk sgt...sayang pun mmg anak yang baik...tak banyak kerenah, takde susahkan ibu...we both happy to have u with us..

Umur sayang 7 bulan dalam rahim ibu, ibu accident plak time nak gi keje...nasib baik tak teruk time tu..just kereta je sbb ada budak langgar kereta ibu dari belakang...ibu pun salah gak cos berhenti mengejut...time tu ibu terkejut nampak anjing nak lintas jalan...ibu takde luka pun tapi abah insist nak bawak ibu gi hospital, nak check...alih2 ibu kena tahan sbb takut ibu bersalin awal...3 hari ibu di hospital, abah pun dok berulang alik ke hospital..kecian abah..dia tak pernah tinggal sendri ngan nenek n atok tanpa ibu..abah kata dia sunyi ibu takde kat rumah sbb before ni semua ibu akan settlekan utk abah...so bila ibu di hospital, abah kena la berdikari amik nasi sendri, iron baju keje, sume lah..

23hb feb 2008, hari sabtu - ibu keje halfday, tapi ada 1 benda yg cukup lain...tak tau kenapa tp ibu rasa cm nak tinggalkan wasiat utk supervisor n ofismate ibu...ibu ckp kat supervisor tu ibu dah siapkan keje yg urgent dan ibu inform kat mane ibu letak invoice yg tak settle lagi, kat ofismate plak ibu minta tolong dia tuliskan claim ibu..sume dok tanya ibu dh nak bersalin ke tp ibu senyum je..balik tu ada cm setitik darah kat panty ibu tp ibu rasa takde ape2..ibu kuatkan diri nak balik kl rumah nana n nani sbb ibu nak abah siapkan keje dia yg melambak2 tu..abah baru dpt keje tu so byk benda abah kena catch-up..sebelum smp kl, ibu ckp ngan abah teringin sgt nak mkn cendol pak wahab..cendol tu mmg sedap..tp kami smp kl dh malam..nasib baik ada last cendol abah dpt beli..ibu suka sgt makan

Malam tu dlm kul 8 ibu sakit pinggang..tapi ibu rasa biasala kot sbb lama kot dlm kereta td..pastu ibu tido..abah plak gi ofis yg mmg dekat ngan umah nana utk settlekan keje dia..dlm kul 12mlm ibu rasa makin sakit dan makin sakit..ibu heran gak nape sakit pinggang..smp dekat kul 3 lebih ibu tahan atas katil tu..last2 ibu call abah ckp ibu sakit sgt kat pinggang...abah kelam kabut balik, ibu kasitau nanima..nanima pun kelam kabut kasitau nana...abah smp je terus nak bawak gi klinik..alih2 abah trus ke GH...rupanya after check tu bukaan dah 6cm..ibu pun ditolakkan ke labor room..time tu baru tau, oo sakit pinggang tu tanda nak bersalin ek..hikhik, xtau plak..kat labor room, diorg check rupanya baru 3cm, nurse masa mula2 check tu salah...apa daaa...

So ibu menunggu la dlm labor room tu sbb blum lagi..dlm 5 lebih nak ke pukul 6 pagi tu ibu mula rasa contraction, mula2 sikit, lama2 makin sakit..ibu smp pegang machine kat tepi tu sbb xtahan sgt..mulut plak asyik berzikir, berdoa moga dipermudahkan segalanya...makin lama rasa nk buang air besar..ibu ckp ngan nurse nak gi toilet jap, x tahan..tp nurse suruh buang je kat atas katil tu...dlm hati ibu ckp, gile ke..takkan nak berak kat sini..kang kena marah plak...rupa-rupanya tu pun salah 1 tanda gak..hikhik..ibu cuba sedaya upaya meneran tp x boleh gak..kali ke 3 nurse ckp, dik, kita ni bleh tolong takat 20% je, selebihnya adik kena usaha sendri...so ibu pun tekad, x larat dah nak tanggung sakit ni...sehabis daya ibu teran dan alhamdulillah sayang keluar gak tepat pada pukul 7.31 pagi hari ahad, 24hb Februari 2008. Paling manis bila nurse letakkan sayang kat dada ibu, sayang buka mata nak tengok ibu..cantiknya mata kecik sayang time tu..ibu pernah baca yg baby akan bukak mata sbb tercium bau bdn ibu, nak lihat ibu dia..betul ke sayang nak tengok ibu? tapi bila nurse amik sayang nak bersihkan, sayang nangis cm taknak berpisah ngan ibu....i love the moment so much!

Bila smp time nak jahit tu, salah seorg nurse tanya husband takde ke...ibu ckpla ada kat luar..pastu dia tanya ibu nape tak panggil abah masuk sekali...laaa, xtau plak ibu kat GH abah leh tengok time ibu nak bersalin..ishh..abah plak rupanya dh isi form nak masuk labor room n nurse kata akan panggil time ibu dh nak bersalin nnt...tp bila abah dh tunggu lama sgt, abah tanya nurse, bleh plak nurse ckp, tahniah, encik dapat perempuan! hahaha..punye la angin abah time tu..tp time jahit mmg paling seksa sbb it took 2 hours to complete...suppose dlm 5 min je...smp ubat bius dah takde..n ibu cm dijahit hidup2...Allah je tahu cmne sakitnye ibu time tu...paling sakit...time pantang pun seksa gak sbb sayang kan 1st baby, ibu mmg xpernah ada experience nak handle baby..dhla tgh berpantang..mcm2 dugaan time pantang..tp takpela, demi sayang

Hopefully bila sayang dh besar jangan lupakan abah dan ibu yea...sayangilah kami sepertimana kami menyayangimu nak...u make our life wonderful, u bright us light, u bring us laugh, u bring us tears, we love everything bout u...moga hidup mu bahagia diberkati selamanya..


Age: 2 weeks - elok plak tgh amik tu sayang tgh senyum..so sweet!

mata yang bulat

Our Happy Family

Tido Time

Hari ni wireless kat office ni cm hampeh...so terpaksa menumpang kt pc org lain..mlm semalam lil'yusof telah memperlihatkan kebolehan lain plak ;-P...

Hakak ni semenjak 2-menjak preggy ni, rasa sgt2 cepat letih..semalam balik lmbt sket drpd rumah mentua sbb dok bz present our plan for 2nd birthday party kat diorg...al-maklum laa, sebagai anak yg baik harus benda2 begini dibincang bersama org tua...ahaks! (eee x sabau nye nk buat birthday party for lil'yusof!!)

So smp je umah hakak trus berdesup mengangkat kain baju n terus lipat baju...hakak ko ni xleh kalo tak settle kan sume keje dlm sehari...mesti nk make sure everything is in order..pinggan bercuci, baju berlipat, katil berkemas....i tak suke la rumah sepah2 ni uols..maka mryusofhussain sbg suami yang bertangungjawab, cewah..hikhik, mengambil alih tugas hakak memandikan si kecik nak tukar ke baju malam...

Pas dah settle sume, hakak pun duduk jap keletihan...byk woo kain...then mryusofhussain dgn baik hatinya mengajak la si kecik tido...bese nye hakak yg tidokan..siap gud nite2 bagai, maka masukla mereka ke dlm bilik...tau2 kejap pas tu si kecik keluar terus naik basikal dia...hakak heran tp di lantak kan dia tu

Tetiba mryusofhussain keluar dari bilik..hikhik....terus ckp, "nak tau yang?" "hape?" hakak menjawab dgn cukup lembut

"Dia naik atas katil, pastu abg baring la nak tido...then dia amik baby2 dia (si en.mickey mouse n bear) turun katil smbil ckp,

" abah tido...nanak kuar..utaa nak kuar, abah tido ok? bye....."

Hahaha...sabarla wahai suami ku...anak mu itu sudah pandai sekarang...just confius sape tidokan sape sebenarnye...kekekekke

My Lovely Daughter

February...february...this coming 24th feb, genap la 2 tahun puteri kesayangan ku itu...cepat sungguh masa berlalu...dah banyak benda yg dia pandai sebut, pandai response, pandai minta..kadang2 mcm x percaya je dia dah besar..

Dulu masa kecil2, cakap pun takat kuar bunyi jek...aaa eee...then slowly belajar word 1 by 1...masa mula2 lil'yusof pandai sebut, dia sebut abah dulu...rasa tak adil sungguh sbb kalo nak susu ke, hape ke sume carik aku...alih2 abah dulu yg disebutkan..then barula belajar panggil aku, 'abu'....buleh?? aku ajar panggil 'ibu' dia bleh plak tukar jadi 'abu'...maka menjadi 'abu' la aku untuk beberapa bulan...slowly aku betulkan and lama2 dia dah bleh sebut 'ibu'...very sweet bila dia panggil ibu...so touching....


owhh, so touching...sob sob...tergaru hakak dek non...sob sob
Umur setahun lebih, dia dah start sambungkan 2-3 words untuk jadikan 1 ayat...alih2 mlm tadi time kami satu family berguling2 atas katil, dia mula buat ayat panjang yea...Gini sebenarnye, mryusofhussain dok sibuk ngusik si kecik tu smp dia naik marah...pastu dikacau nye balik abah dia...berbalas2 la ni...tetiba dia terpukul muka mryusofhussain...haaa hamik ko! saje dok kacau budak tu...pastu aku ni ajarla, baby, ckp sorry kat abah...then nak tau ape dia kata? hehe


" abah, sorry...utaa taknak buat...abah taknak pukul utaa okey?"




tak terkata ape org tua tu....hahaha



Layan Hindustan : Shakti - the power

Hari ni hakak tak berapa sihat la..pening n rasa nk muntah tapi digagah kan jugak nk tulis entry ni...boleh? Actually dlm dok melayan pening kepala ni tetiba teringat movie yg hakak nengok kat zee tv malam td...layan industan jap, jgn mare...movie tu mula2 nyampah gak nak tengok, ala2 industan dulu2...lama2 jalan cerita nya makin menarik...kisah betapa agung nye kasih sorg ibu...

Kisah macam mana Karisma Kapoor, sebagai ibu nak bawa anak dia keluar dr kawasan yg penuh dgn pertumpahan darah...yg pastinye, to me movie ni mmg touching sebab ia menunjukkan betapa seorang ibu tak sanggup berpisah dgn anak, sanggup berjuang bermati-matian demi seorang anak...betapa tulus hati seorang ibu...it's not easy to be a mother


Layan kan la sinopsis kat bawah ni kalo nak tau....



Shekhar (Sanjay Kapoor) and Nandini (Karisma Kapoor) are friends living in Canada with their two uncles. Shekhar proposes to Nandini and she says yes and now they have a young son named Raja. Shekhar hears breaking news of violence in India, the family journeys to his ancestral house in rural Bihar and Nandini is shocked to see that Shekhar's family is embroiled in feudal gang wars. Shekhar's father Narasimha (Nana Patekar) has many enemies. Shekhar tries to bring peace between the warring gangs, but is attacked by the rival gang & killed on way to a reconciliatory meeting that he wanted to attend on his father's behalf. Nandini feels insecure and decides to leave India with her son but Narasimha imprisons them. But as she is desperate to escape, she goes on a difficult journey to return to her home in Canada with the help of Shekhar's mother and sister but when she leaves the house Narasimha sets his men on them. Meanwhile Nandini and Raja meet drifter Jaisingh (Shahrukh Khan) who helps them board a train to Jaipur but dies while battling Narsimha's men. Back at Narasimha's house, his wife revolts against him, telling him to put a stop to the bloodshed and let Nandini leave. Later when Nandini and Raja are about to check-in at the airport,Narasimha comes and bids them goodbye and lets them fly back to Canada.

Acitvity weekend hakak....

Hi...cm lama je hakak x hupdate blog kan...wah, gitew hupdate, cm ada org baca je blog aku ni...last weekend kemain syok ber cuti...almaklumla...hakak ni di kL, cuti hari wilayah...merasa la sket wpun org selangor lagi byk cuti drpd aku ni...


Nama je 3 hari bercuti...hakak ni xdela berjalan bagai...laki kojo...so just membusy kan diri buat2 keje rumah; memasak, menyapu, mengemop, mengemas...melayan lil'yusof..ari isnin baru dpt hakak beronggeng..tu pun sbb nak beli brg dapur...kami ke carefour, bwk yusra main kt playground jap, mkn tomyam yg bese nye best tp hari tu jadi x best, sbb tak puas hati, repeat lak makan kfc...hikhikhik..buruk lantak btol...pastu potong rambut hakak ko ni


Haa ada cite gak time potong rambut tu...bleh plak amoi tu tanya aku dah berapa lama tak potong rambut sbb kat ujung2 rambut dah teruk, aku pun ntahla tak hingat plak...gigih berpikir, barula hakak hingat...last hakak potong time pregnant lil'yusof and sikecik tu pun dh umor 2 tahun...imagine la~~ gile lama! patutla si amoi tu bertanya..ahaks..tp rambut aku takdela panjang mana pun...




agak2 dah rupa bob marley kot rambut aku, tu yg amoi tu dok tanye dah brape lama tak potong rambut....hikhikhik

Tu je aktiviti last weekend hakak..boring kan? hurm, nyampah aku nk hupdate kalo takat cmtu je aktiviti weekend..k la...daaaa


Cau chin chaw

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...